Pena Marah Ini - Lembu
Lembu
Sebelum metamorfisis minda
Kau datang dengan sebuah agenda
Manusia dungu, tolol mana yang tak kau hasuti
Janji-janji kosong, hampa kau taburi
Pasak hujahmu sungguh tebal dengan sentimen
Pucuk akalmu hanya mahu kuasai parlimen
Kalau dahulu ikrar panji demi masyarakat
Sekarang berangan bersara nak jadi ahli korporat
Mainan politikmu sungguh kotor dan jijik
Bangkai, busuknya tak dapat disembunyi
Mana janji-janjimu wahai Encik Politik
Katakanlah pada kami engkau bukan insan munafik
Katakanlah pada kami engkau lebih berguna dan asli
daripada seekor lembu yang dipegang pada tali.
Dua.Sembilan.Sembilan.Lapan
Mosh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home