Thursday, August 26, 2004

Aku Dan Burung

Ada seekor burung hinggap di halaman rumahku
jinak mematuk pasir
cantiknya! mesti ada tuannya, mesti burung belaan terlepas
atau sengaja dilepaskan
kerana ia jinak, sekejap lagi pulanglah ia sendiri

Merdu siulan burung ini, bulunya berkilat dipanah mentari
Patutkah aku memasang jerat? Menangkapnya?
Entah-entah tuannya cari dan aku yang kena
Sebaiknya aku menikmati siulannya dan memerhatikannya saja
Biar ia bebas atau balik kepada tuannya bila tiba masanya

Mintak-mintak burung ini akan sentiasa hinggap di halaman rumahku
biar aku tidak bosan,
biar aku tidak kesunyian,
akan aku pastikan ia sentiasa hinggap di sini,
akan ku taburkan sekoi untuknya
akan aku marahkan budak yang cuba melastiknya,
budak yang cuba menjeratnya, ya aku mesti marah,
aku mesti bela burung ini

Burung ini semakin hari semakin jinak kepadaku
terfikir pula aku
aku telah menjeratnya atau ia yang menjeratku?
Kemungkinan kedua bahaya
yang pasti, aku tetap mahu burung ini terus tak lupa untuk hinggap di sini.

7.5.93 still got the blues

0 Comments:

Post a Comment

<< Home