Putih
Kulitmu putih, jasadmu bersih, kau suci
Sikapmu lembut, badanmu lembut, kau rapuh
Seputih, sebersih, sesuci, selembutmu
kau tercampak di lembah hina
diperguna, dipakai, kau terpaksa bertugas
di sudut-sudut kekotoran
kau terpaksa akur kerana kau tiada daya menolak
kau terima kelahiran dan kewujudanmu di dunia
untuk tujuan-tujuan ini
Kau juga terpaksa juga menerima kenyataan
yang kau akan disingkirkan sebaik tugas mu selesai
bersama gumpalan-gumpalan sisa-sisa
Kau akan dilupakan, kau akan ditinggalkan
Yang terbaik bagimu adalah menemankan tangisan seseorang
yang kesedihan, yang meratap
Yang terbaik bagimu adalah menyapu airmata
Dan bersama turut kau menangis nasibmu juga
Meneman jiwa yang luka
Jiwa yang duka
Kau putih, bersih dan lembut
Kau tisu luka temanku

0 Comments:
Post a Comment
<< Home